HF propagation conditions

Tak kenal maka tak cinta...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 3:43 AM

Waktu baru nak monitor, ketika tu SWL berapa kerat ja …kita pun tak kenal siapa rakan SWL dan Rakan ham yang lain, melainkan nama dan callsign yang kita ingat sahaja…sampailah hari kelas radio amatur dianjurkan badan persatuan dan komuniti kelab radio amatur diadakan. Masa tu barulah kenal dengan rakan-rakan komuniti dan persatuan. Kelas RAE yang pertama saya pergi adalah yang diadakan di Permatang Rawa, Penang yang dianjurkan ASTRA-Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia, yang kedua di Kompleks Rakan Muda Taiping anjuran Komuniti Kampungku 250, yang ketiga di Sekolah Menengan Teknik Gerik yang dianjurkan rakan-rakan Lenggong dan terakhir kelas ulangkaji di Sekolah Menengah Teknik Taiping. Ya….agak banyak juga yang saya hadiri kelas tapi ada lagi rakan lain banyak dari saya. Bagi saya, kalau kita berusaha insyaallah pasti kita akan berjaya...dan jangan terlalu berharap dengan nasib.

Comments (0)

added by khalil@2009