HF propagation conditions

Ujian Kod Morse siri 2/2013 sudah berlalu...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:53 PM

0

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
          26 September 2013 Jam 10 pagi adalah tarikh ujian Kod Morse dijalankan di Suruhajaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Jalan IMPACT, Cyberjaya dan di Kota Kinabalu. Terdapat dua lokasi ujian yang diadakan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan ramai rakan radio amatur dari seluruh semenanjung turut hadir bersama  pada hari tersebut.  Memang meriah... 
  •  
    Suasana didalam Auditorium SKMM, Cyberjaya sebelum ujian dijalankan.
     
    *Keputusan ujian Penerimaan (Kod Morse)
     
     
    Alhamdulillah, syukur... ujian Pertama saya berjaya melepasinya... Persiapan untuk ujian seterusnya...iaitu ujian Penghantaran Kod Morse.
     Hanya 5 orang calon sahaja yang melepasi ujian Penerimaan, jangan putus asa... usaha pasti anda akan menemui kejayaan.
     
     
    Berikut adalah ujian penghantaran Kod Morse sedang dijalankan panel adalah Encik Darmin (dari Unit Semboyan ATM, Kem Sungai Buloh)  dan diperhatikan oleh pegawai petugas SKMM
     
     
     
      Sempat bergambar belatarbelakangkan Ibupejabat SKMM di Cyberjaya sebagai kenangan. 
     
           Kepada calon yang akan mengambil ujian Kod Morse pada bulan Mac tahun hadapan, bolehlah buat latihan sebagai persediaan bagi menghadapi ujian tersebut. Rujuklah kepada rakan radio kelas A sebagai sumber perujuk agar anda dapat memahami dan dapat pengalaman yang lebih didalam bidang Kod Morse. Segala usaha dan penat lelah saya selama ini berbaloi... 
     
    Terima kasih kerana memberi sokongan.. Terima kasih kepada 9m2agc-cikgu Lan, 9m2azz-pak azhar, 9m2ft- pak monty, 9m2nrs-pak nordin, 9m2sgn-shah, 9m2rmt-rahmat dan 9w2sbd-Abg Salehan (pemberi semangat) kata semangat beliau (jangan main-main), hehe...
     
    Jutaan terima kasih yang sudi membawa teman ke Cyberjaya  my best friends 9m2sgn dan diiringi 9w2sbd salehan.
     
    ALL THE BEST... 73 Jumpa lagi...
     
    added by 9w2ohm

Ujian kod Morse siri 2/2013 telah berakhir...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:53 PM

0

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
  

4 Hari lagi ujian Kod Morse akan berlangsung...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:31 PM

0

     22 September 2013, hanya empat hari sahaja lagi ujian kod morse akan diadakan di Cyberjaya dan Kota Kinabalu. Apa yang penting adalah persiapan calon-calon yang bakal menduduki ujian tersebut. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya, semoga berjaya kepada calon yang akan mengambil bahagian. jumpa disana...

.
Misi kali ini teman mewakili index no.1 007  james bond. :-) hehe...

added by 9w2ohm

added by khalil@2009