HF propagation conditions

Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Pak Long- 9w2kk , amin....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 12:31 AM

0

16 Okt 2010, Sabtu- Semalam, 15 hb okt dalam jam 10.30 mlm diberitakan Pak Long -9w2kk telah meninggal dunia, lebih kurang jam 8.35 mlm tadi, seperti dikhabarkan oleh rakan-rakan melalui sms-pesanan ringkas. Ramai kawan-kawan yang menziarah pada sebelah malam, tetapi saya berkesempatan menziarah pada sebelah pagi. Ramai rakan radio dari kawasan berdekatan turut hadi, Lokasi iaitu di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak.

berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan pada 16 okt ;-






9w2che- che Hamid, 9w2tmt-pak usop, 9m2azz-p9ak azhar, 9w2msd- pak Din.












9w2ohm,9w2tmt,9w2msd,9m2azz















Rakan-rakan radio yang turut hadir.

disamping itu kita sedekahkan AL-FATIHAH dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan golongan yang beriman....amin...

Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 12:25 AM

0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.

Tarikh/Masa Peperiksaan: 22 Disember 2010 / Jam 2:00 Petang
Tempat Peperiksaan: Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak
Tarikh permohonan dibuka: 11 Okt 2010
Tarikh Tutup permohonan: 29 Okt 2010, Jam 5:00 ptg

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan- pautan berikut:

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010
Borang Permohonan Peperiksaan RAE

added by khalil@2009