HF propagation conditions

Pasar Pagi Kampong Melayu Pualu Pinang

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:38 PM

1



26 Sept-9 Pagi- Suasana di pasar pagi Kampong Melayu Pulau Pinang. Bangun jer pagi terasa lak nak pekena nasi lemak, terus jer teringat nasi lemak kat kampong Melayu. Apalagi gerak ler ker lokasi yang lebih kurang jarak 3 minit dari rumah kat Penang. Kalau dari Taiping tak dapat la...3 minit mahu 3 jam...hehehe....







-gambar sebelah kiri ni Restoran Nasi Kandar yang menjadi tarikan peminat Nasi Kandar di sekitarnya dan luar kawasan...

sentiasa beratur untuk membelinya...
memang terangkat punya...
rajin-rajin pergilah kesini.




disediakan oleh 9w2ohm
..

Selamat menyambut Hari raya aidilfitri 2009

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 12:12 AM

0


Tup-Tap dah nak menjelma bulan syawal, apa-apa pun kesedihan untuk meninggalkan bulan Ramadhan tetap ada....sementara menanti Ramadhan yang mendatang...jauh perjalanan indah pemandangan itulah kata orang falsafah....dah berjauahan nie teringat ler orang yang kita sayang dan kampung halaman....fuh...suasana malam menghampiri raya....pelita panjut.... suasana malam raya.....oh tidak....tapi.....................

bermula pada petang ini akan ku hidupkan enjin keretaku lalu lantasku pulang ke penang dan terus ke kampung untuk bercuti hari raya......hehehe

" Dengan Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf " kalau ader salah dan silap yang dilakukkan, kalau takder kira selesai la.....

p/s-balik lalu kot jalan lama s.petani, k.batas, sg.dua,pie penang balik masuk tol juru keluar tol jawi terus p.buntar,B. Serai, G.semanggol dan tepeng sampai.....

cuti nie admin tak update blog sampai selasa pastu sambung cuti rabu sampai sabtu....

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)-Peperiksaan radio amatur

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 9:14 PM

0

16 September 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Radio Amateur Examinations Application Form


MALAM LAILATUL-QADAR

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:54 PM

0




Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "




Petikan dari :FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Test

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 2:22 AM

2


blog dalam selenggara... harap maaf...

Jangan Melengah-lengahkan Waktu Berbuka

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 2:23 AM

0


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka puasa.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
Pengajaran Hadis:
i) Menyegerakan berbuka adalah antara perkara yang disunatkan di dalam Islam kerana ia membezakan antara cara puasa oarang-orang Yahudi dan Nasrani yang sengaja melambat-lambatkan waktu berbuka.
ii) Sunat berbuka puasa dengan tamar (kurma) sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana tamar mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino. Di antaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
iii) Antara hikmah disunatkan berbuka dengan buah tamar juga adalah kerana kandungan gula di dalam kurma adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan makanan manis yang lain di mana badan akan segera kembali segar setelah seharian berpuasa. Sebaliknya jika seseorang itu berbuka puasa dengan memulakan pengambilan makanan yang berat tanpa memulakan makanan yang manis, maka gula yang diambil kemudiannya memerlukan waktu yang lebih lama iaitu antara 3-4 jam sebelum dapat diserap oleh usus.
iv) Dari sudut perubatan puasa itu sendiri sebenarnya merupakan satu kaedah perubatan yang dapat mengubati gangguan usus selain boleh mengawal berat badan dan mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
v) Setiap Muslim hendaklah memastikan bahawa makanan yang dimakan sewaktu berbuka adalah yang halal dan bersih bukan makanan yang haram atau syubhat selain berwaspada dengan kuantiti makanan yang diambil itu sendiri iaitu janganlah terlalu banyak sehingga menyebabkan badan terasa berat untuk mengerjakan ibadat seperti solat terawih dan sebagainya.

added by khalil@2009