HF propagation conditions

Suasana sekitar lembah Kuala Kangsar yang menarik ...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:33 PM

0

5.12.2009 (sabtu)...

ekspo di tapak arena Square Kuala Kangsar

Satu hari memancing di Bukit Merah....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 4:19 PM

0

29 November- Ahad, Pagi-pagi waktu keluar rumah rumah dalam perjalanan ke pasar Matang, Taiping, cq kat v20 panggil kot siapa-siapa ada, pastu 9w2mzs-zul sambut....sambil sembang Zul ajak minum kat kawasan base saya...ada yang hendak disembangkan memandang jarang-jarang jumpa...sebab Zul baru sahaja menyambut cahaya mata baru..baru-baru dah 2 bulan dan rasenya...tahniah untuk Zul...

masa duk eyeball tu lah Zul ajak pergi memancing....jadi kami dicided untuk pergi dalam jam 2 petang...

jadi inilah suasana yang dapat diambil semasa aktiviti memancing...
pemandangan di sekitar Bukit Merah

pada hari yang sama(ahad) ada pasar malam betul-betul kat selekoh jalan ada kedai , lokasi dia, selepas simpang keluar tol laketown Bukit Merah ada lampu isyarat, ambil sebelah kanan dalam 5 km...macam-macam ada...memang kenalah dengan hari kami pergi...

by 9w2ohm

Raya haji di kampung dengan buah-buahan....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:11 PM

0

28 November 2009, Sabtu- Kuala Kangsar dengan Taiping satu destinasi yang tidak jauh, boleh dikatakan, di Kuala sebenarnya terletaknya kampung mentua saya... oleh itu selalulah saya ke Kuala...untuk menikmati keindahan alam di kampung... tak perasan ler pulak kali nie balik jadi ler pulak buah-buahan kat kampung nie...rezeki... ehhe... seronok juga kutip buah, buah rambutan ada, buah dokong ada, buah durian ada.....buah Manggis ader tapi tak dan ambil...


semasa on the way balik lalu pekan kuala kangsar, dapat juga sembang disimplex 145.350 Mhz Kuala Kangsar, dengan Salehan-9w2sbd dan 9w2- wan tak ingat ler pulak....heheh... masing-masing menghala ke destinasi masing-masing salehan kearah Kota Lama kanan, wan ke Lenggong dan saya ke Taiping...dapatlah 5,6 putaran....

post by 9w2ohm

Majlis eyeball perpisahan 9W2SPO di kaki Bukit Larut. 2

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 1:53 AM

0

Terjumpa pulak majalah Tahunan ILPKL.....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 12:53 PM

0


ha ... yang nie special....yang menarik nyer front page buku aspirasi nie ada gambar saya... teringat la...pulak mase time kat ILp Kuala Lumpur dulu-dulu... mana pegi ntah kawan-kawan yang kita dok rajin jalan-jalan, ronda-ronda .....hm...masing-masing mengikut haluan masing-masing,itulah kehidupan....yang penuh cabaran, harap semua sukses hendaknya...

p/s: masa mika masuk ILP dulu lewat sikit patutnye tahun 1999 awak(cakap orang Perak) masuk tapi dapat lewat pulak, mana tak nyea, awak masuk swasta dulu pastu baru minta, iLp, alhamdulillah..dapat tawaran pergi iLp sekitar tahun 2003. Bila habis di ILP Kuala Lumpur, Mikee dapat sambung pulak di IKTBN, Sepang .... itulah perjalanan kehidupan semasa teman belajar dulu...

Majlis eyeball perpisahan 9W2SPO di kaki Bukit Larut.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 4:24 AM

0

12 November- 9.30 malam, tibanya saya dilokasi seperti yang diberitahu. Jauh dalam perjalanan ku dari Sik, Kedah ke Taiping, Perak. Sampai di Nibong Tebal, Jalan persekutuan, hujan dalam keadaan renyai sepanjang perjalanan sehingga ke Taiping...dan sampai juga dengan selamatnya di tempat kejadian...

berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil...

untuk makluman, abang Saiful 9w2spo- ditukar ke tempat kerja baru di Kuala Lumpur.

Dua hari di Ibupejabat Alor Setar....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 11:42 PM

0

2 hb November-Isnin, sarapan pagi di Alor setar cukup menenangkan, lihat gelagat orang ramai di sekitar kawasan, yang seronok tu rase macam ader kat Taiping, Maner tak nyer cuba lihat gambar kat atas tu....ha...tengok betul-betul.....Nasi Lemak Taiping, hehehe....
yang syok tu roti canai dia garing, sedap tu, tambah kuah yang dihidang kuah parpu campur kuah sambal...mak oi... lu pikir la sendiri.....
Lokasi betul-betul lorong belakang Pejabat Pos, Jalan Tunku Ibrahim Alor Setar.

Siapakah yang bakal menjadi pemilik baru kamera nie......

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 11:31 PM

0

Gambar diambil di Taiping Sentral, pada 31 hb oct, Model jenis Sony Alpha DSLR a550, function menarik...

Taiping Sentral Digital Camera Fair @ "PC+HP Fair"
Date : From 30th Oct to 1st Nov 2009. Time : 10.30am to 10.30pm

dah lepas dah....

Hari Kantin S.k Ayer Puteh, Taiping

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 11:27 PM

0


















31 oct- Sabtu, aktiviti yang menarik dijalankanoleh abg Harun kita-9w2aoc- iaitu paintball. menarik jugak tengok budak-budak nie,,,,ader bakat masuk Tentera kot...

eyeball di Taiping sebalah malam

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 11:09 PM

0






























30 oct- Jumaat, wan seafood Taiping, Aulong. Lama rasenya tak eyeball sengan kawan-kawan. Dapat juga jumpa, tambah-tambah pak zain (9w2zac) yang handsome tu, kalau ikutkan jarang nak dapat pak Zain ikut turun sekali, syok juga. Dapat relaks tenangkan fikiran.

"cerminkeretakuretak......"

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:36 PM

0

19-oct, 2 minggu sudah semasaku memandu di kawasan Gurun, Kedah...tetiba jer ada batu melayang terkena cermin depan kereta....terkejut sepintas lalu ia berlaku... aduh....retak pulak!!!! tengok kat depan lori takda yang ada kereta jer, tengok jalan kat seberang pun kereta jer yang ada, mana datang pulak batu nie..macam mana nie...jawab nyer kena tukar...berapa pulak kos dia...ahhhh tidak...itulah bermain difikiran ku semasa ia berlaku...(fikiran terganggu)....
mulalah surve kat internet cari kedai yang boleh tukar cermin kereta yang berdekatan kawasan rumah di Air Itam Pulau Pinang-(pulau)....ader la 2 ,3,4 kedai, ada satu jer dekat dengan rumah...

Dynamic Auto Glass Installation

dan telefon tanya kos tukar berapa...RM340 termasuk upah (double layer)...o.k la tu...



























































Harga bergantung kepada jenis kereta... tapi kat sini ekonomi, lokasi dia betul-betul simpang kiri sebelah market selepas balai polis Kg. Baru dari arah kawasan Bukit Bendera...kalau dari arah Masjid Negeri, tersorok sikit...

itulah pengalaman cerita "cerminkeretakuretak......" the end.....

by 9w2ohm

Pasar Pagi Kampong Melayu Pualu Pinang

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:38 PM

1



26 Sept-9 Pagi- Suasana di pasar pagi Kampong Melayu Pulau Pinang. Bangun jer pagi terasa lak nak pekena nasi lemak, terus jer teringat nasi lemak kat kampong Melayu. Apalagi gerak ler ker lokasi yang lebih kurang jarak 3 minit dari rumah kat Penang. Kalau dari Taiping tak dapat la...3 minit mahu 3 jam...hehehe....







-gambar sebelah kiri ni Restoran Nasi Kandar yang menjadi tarikan peminat Nasi Kandar di sekitarnya dan luar kawasan...

sentiasa beratur untuk membelinya...
memang terangkat punya...
rajin-rajin pergilah kesini.




disediakan oleh 9w2ohm
..

Selamat menyambut Hari raya aidilfitri 2009

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 12:12 AM

0


Tup-Tap dah nak menjelma bulan syawal, apa-apa pun kesedihan untuk meninggalkan bulan Ramadhan tetap ada....sementara menanti Ramadhan yang mendatang...jauh perjalanan indah pemandangan itulah kata orang falsafah....dah berjauahan nie teringat ler orang yang kita sayang dan kampung halaman....fuh...suasana malam menghampiri raya....pelita panjut.... suasana malam raya.....oh tidak....tapi.....................

bermula pada petang ini akan ku hidupkan enjin keretaku lalu lantasku pulang ke penang dan terus ke kampung untuk bercuti hari raya......hehehe

" Dengan Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf " kalau ader salah dan silap yang dilakukkan, kalau takder kira selesai la.....

p/s-balik lalu kot jalan lama s.petani, k.batas, sg.dua,pie penang balik masuk tol juru keluar tol jawi terus p.buntar,B. Serai, G.semanggol dan tepeng sampai.....

cuti nie admin tak update blog sampai selasa pastu sambung cuti rabu sampai sabtu....

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)-Peperiksaan radio amatur

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 9:14 PM

0

16 September 2009

SKMM will be conducting Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2) throughout Malaysia on 16 December 2009. For further details and examination application form please click on the links below.

Notification: Radio Amateur Examinations (RAE 2009-2)

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Radio Amateur Examinations Application Form


MALAM LAILATUL-QADAR

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:54 PM

0




Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "




Petikan dari :FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Test

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 2:22 AM

2


blog dalam selenggara... harap maaf...

Jangan Melengah-lengahkan Waktu Berbuka

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 2:23 AM

0


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka puasa.”
Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
Pengajaran Hadis:
i) Menyegerakan berbuka adalah antara perkara yang disunatkan di dalam Islam kerana ia membezakan antara cara puasa oarang-orang Yahudi dan Nasrani yang sengaja melambat-lambatkan waktu berbuka.
ii) Sunat berbuka puasa dengan tamar (kurma) sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana tamar mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping mengandungi asid amino. Di antaranya ialah triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
iii) Antara hikmah disunatkan berbuka dengan buah tamar juga adalah kerana kandungan gula di dalam kurma adalah lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan makanan manis yang lain di mana badan akan segera kembali segar setelah seharian berpuasa. Sebaliknya jika seseorang itu berbuka puasa dengan memulakan pengambilan makanan yang berat tanpa memulakan makanan yang manis, maka gula yang diambil kemudiannya memerlukan waktu yang lebih lama iaitu antara 3-4 jam sebelum dapat diserap oleh usus.
iv) Dari sudut perubatan puasa itu sendiri sebenarnya merupakan satu kaedah perubatan yang dapat mengubati gangguan usus selain boleh mengawal berat badan dan mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
v) Setiap Muslim hendaklah memastikan bahawa makanan yang dimakan sewaktu berbuka adalah yang halal dan bersih bukan makanan yang haram atau syubhat selain berwaspada dengan kuantiti makanan yang diambil itu sendiri iaitu janganlah terlalu banyak sehingga menyebabkan badan terasa berat untuk mengerjakan ibadat seperti solat terawih dan sebagainya.

Ramadhan akan menjelma kembali, saat yang ditunggukan oleh umat Islam...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 4:20 AM

0

Selamat mengerjakan ibadah puasa...

Keputusan Peperiksaan RAE-2009-1 Sudah keluar.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:38 PM

0

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam peperiksaan RAE-2009-1. Manakala yang tidak cuba lagi...insyallah, pasti akan berjaya...

Semak keputusan Link:- http://rae.skmm.gov.my/
atau
RAE 2009-1 Results

JOTA ASIA PASIFIC REGION- Wilayah Larut Matang Dan Selama, Taiping

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:55 PM

0


Taiping- 1 Ogos, wisma Pandu Puteri Taman Tasik Taiping telah diadakan perkhemahan pengakap, antara aktiviti yang dijalankan adalah ber QSO melalui udara, dalam VHF mode dan HF, antara berikut yang sempat diambil gambar semasa aktiviti dijalankan club station callsign yang digunakan pada program tersebut adalah 9M4SJO.



-YL scout dan 9w2npt-nizam


Operate on HF
9M2 FT-Pak Monty dan 9M2 AZZ-Pak Azhar

Gambar sekitar persiapan Hari Keluarga ASTRA bertempat di Keda Bendang Man Sik,Kedah, pada hari jumaat 24 Julai di sebelah petang yang sempat diambil.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:01 AM

0




Buah durian dan macam2..










atas berbaju biru gelap :9w2cgw-cikgu Wan sibuk memberi maklumat lokasi...



added by khalil@2009