HF propagation conditions

Keputusan peperiksaan radio amatur (RAE) 2-2013 sudah keluar...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:36 PM

0

Tahniah kepada calon yang lulus ujian radio amatur, kepada yang gagal cuba lagi, jangan putus asa... berkat usaha dan doa pasti anda akan berjaya...

semak keputusan peperiksaan :- Link


https://sems.skmm.gov.my/sems/candidates/checkstatus

Info untuk dikongsi- Arwah Mohammed bin Hussien (9M2FT) bapa kepada Pak Monty (9M2FT yang mewarisi callsign bapanya)

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:41 PM

0

Info untuk dikongsi :-Keratan Suratkhabar The Straits Times, 18 February 1962, Page 10, Arwah Mohammed bin Hussien (9M2FT) bapa kepada Pak Monty (9M2FT yang mewarisi callsign bapa), ada pak monty cerita kepada saya yang pak monty kenal radio amatur dari arwah sejak kecil lagi. Banyak pengalaman beliau kongsikan. Pak Monty yang sekarang berumur 61 tahun dan masih lagi menetap di Taiping, Perak.


                                              Me and Pak Monty (9M2FT)

Added by 9w2oHm

Persediaan menduduki ujian kod morse bagi tahun 2013.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:34 PM

0

   السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    3 Julai 2012- Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua tentang tips dan maklumat baru ujian kod morse sekadar bagi membantu anda memudahkan lagi apabila mengambil ujian tersebut. Ujian Kod Morse dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 2 kali setahun dan ujian diadakan pada bulan Mac dan Oktober. Ujian tersebut melayakkan pengendali radio amatur dari kelas B ke Kelas A. Untuk pengetahuan semua, saya telah mengambil ujian tersebut dari siri 2-2012 pada bulan Oktober. Namun ujian yang diadakan ketika waktu tersebut tidak membuahkan hasil kerana kurang persediaan. Saya telah berhasrat menduduki ujian tersebut sekali lagi iaitu pada siri 1-2013 yang diadakan pada bulan Mac baru-baru ini. Saya melepasi ujian penerimaan pada hari tersebut dan gagal di ujian penghantaran, Keputusan kandas, tak ada rezeki untuk saya, tak apa cuba lagi. Apa yang saya hendak beritahu, mulai tahun 2013 tiada lagi kertas kosong A4 dibekalkan. Namun pihak penganjur menyediakan kertas untuk isian jawapan dan ruang lakaran didalam satu kertas yang bersaiz A4. Yang dibenarkan hanya pensil 2b dan pen. Seeloknya bawalah pensil dan pen hitam dakwat kering. Tips sila gunakan pensil atau pen yang selesa( lancar bila digunakan) untuk kegunaan menulis. Masuk awal 30 minit sebelum ujian bermula, daftar kehadiran. Pertama sekali ujian audio dalam bentuk kod morse dimainkan bagi keselesaan calon, calon boleh memberitahu petugas jika audio yang diuji jika kurang memuaskan . Masa diambil dalam beberapa minit, kemudian tulis nama dan nombor indeks, penerangan akan diberikan oleh petugas. Tepat jam 10 pagi ujian akan dimulakan.

Perlu diingat terdapat dua jenis kategori ujian penerimaan:-

Pertama berita :-
  1. Berita dihantar dalam 36 patah perkataan terdiri beberapa kategori mungkin tentang Bencana alam, Semasa, Berita berkenaan program SKMM.

  2. Siri 2/2012-Tajuk Berita berkenaan tentang Raja kemboja, siri 1/2013 berita bekenaan Arkib berita SKMM, Program karnival jom klik. Sebelum bermulanya sesuatu penghantaran berita isyarat V sebanyak 3 kali akan dimainkan, selepas isyarat tersebut berita akan dihantar.
  • jangan tertalu berteka berita, apa yang penting terjemah sahaja kod yang dihantar. Kadang-kadang teka yang lain, keluar yang lain, hehehe....
berikut adalah contoh format yang saya cuba lakarkan, hanya sekadar panduan dan contoh sahaja, jumlah patah perkataan yang akan dihantar ketika ujian sebenar adalah dalam 36 patah perkataan dan kelajuan 12 WPM :-

 
* Calon diberi masa untuk salin semula kedalam kotak jawapan.

 
Kedua Nombor :-

1) Nombor akan dihantar secara rawak, bagi saya nombor mudah hanya ingat dit dan dah sahaja, nombor tidak akan kurang atau lebih dari 5 bunyi. Ia akan hantar mengikut kumpulan. Satu kumpulan ada dalam 5 nombor, semua ada dalam 10 kumpulan.

berikut adalah contoh format yang saya cuba lakarkan, hanya sekadar panduan:-

* Calon diberi masa untuk salin semula kedalam kotak jawapan. ikut urutan kumpulan 1 sehingga ke 10.

* sebaik sahaja selesai, kertas jawapan dikutip, serta merta.

 * berikut adalah rujukan untuk jumlah kesalahan yang diambil kira didalam ujian kod morse.
 
Insayallah... kalau lulus ujian penerimaan anda akan ke ujian kedua iaitu penghantaran, jawapan ujian keputusan penerimaan akan dipamerkan pada hari yang sama. Bagi ujian penghantaran, calon akan menghantar balik apa yang diterima semasa ujian penerimaan tadi. Buatlah juga latihan bagi ujian ini, walaupun yang pokoknya adalah penerimaan, supaya tidak kekok. Saya nasihatkan kalau yang datang dari jauh tidak kira dari utara ke, selatan pantai timur dan sebagainya, hadirlah sehari awal, supaya tidak kepenatan.
 
(Suasana keadaan ketika Ujian Penghantaran isyarat Kod Morse sedang diadakan di SKMM, Cyberjaya)

*banyakanlah bertanya orang yang berpengalaman terutamanya yang telah melepasi ujian tersebut  terutamanya Pemegang AA (Kelas A) supaya memudahkan anda menghadapi ujian tersebut. Jangan cepat mengalah, teruskan usaha dan doa, pasti anda berjaya.

Sekadar berkongsi pengalaman, saya doakan anda semua berjaya.

Jumpa di bulan Oktober...insyallah...

Added by 9w2oHm

added by khalil@2009