HF propagation conditions

Projek tower stesyen lempor- Stage 1

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:48 PM

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

   11 hb Febuari 2014,  Kg. Lempor, Manong, Kuala Kangsar, Perak. bermula dengan perancangan awal (perbincangan) yang buat bersama 9w2sbd-abg salehan, perancangan tersebut adalah rekabentuk dalaman tapak tower. Bukan mudah untuk fikirkan, setelah berbincang dan kumpul segala idea, maka dapatlah satu lakaran tapak tower yang dikehendaki. Bagi tugasan konkrik pula teman meminta bantuan nasihat dari 9w2okl-Moin yang merupakan kontraktor pembinaan,. Projek ini tergendala sejak dari tahun lepas bulan Oktober lagi, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bermula 1 hb jumaat maka projek bermula. Tugas pertama adalah mengorek tapak yang mengunakan backhoe...,


 9w2sbd dengan gaya tersendiri...

     Minggu ke-2, 7hb jumaat tugas meletakkan trip skrew sepanjang 6 kaki sebanyak 4 batang beserta plat besi solid (steel) tebal segi empat dalam 2.5 kaki x 3.5 kaki yang telah ditebuk lubang skrewnya.. 9w2okl-moin datang membantu sebelah petang untuk permulaan, 

 ruang lubang diratakan.
 kayu dipotong segiempat mengikut saiz lubang skrew yang ditetapkan, bagi mendapatkan ukuran yang tepat.
 Besi trip diketuk bagi memastikan kedalam yang kehendaki.
 
Nut mula dipasang

                Batu kelikir ditabur lapisan bawah untuk diratakan pada permukaan awal.
                                   Proses membancuh simen bermula.... nisbah 4.2.1

 Semasa membuat kerja dalam jam 6 petang, teman telah didatangi oleh rakan baik teman 9m2sgn-shah dan rakan radio amatur dari Sauk.....

 
Bergambar -9w2whr fairuz plkn desa rimba, abang dido, 9M2SGN-Shah bergambar bersama, terima kasih kerana sudi datang ke rumah teman.
projek diteruskan sehingga sebelah malam... 2-3 round ja untuk cukupkan satu lapisan yang ditanda.., sakit pinggang dah...hehe.. stop sambung keesokannya..

8 hb, Selamat pagi... syukur alhamdulliah...dapat menghirup udara yang segar...

Hari ini teman menjemput dua orang sifu datang ke base teman untuk memberi buah fikiran dan menguji antenna teman yang telah lama disimpan...hehe...

iaitu 9M2AGC-Cikgu Azlan dan 9W2SBD-Abang Salehan
Terima Kasih kerana sudi datang....
  Plat besi dimusukan dan diikat bersama washer dan nut pada empat penjuru.timbang air digunakan untuk kesemarataan permukaan.
 9w2sbd sedang asyik mengetatkan skrew pada plat besi.
  Plat besi dimasukan dan diikat bersama washer dan nut pada empat penjuru.Timbang air digunakan untuk kesamarataan permukaan.Sekali lagi bancuhan simen konkrik dimasukan bagi menguatkan permukaan di bawah dengan hasil kerja keras bersama kami berdua 9w2sbd dan 9m2ohm... cheroii peluh...  kerja kontrak...hehe...

 Besi plate permukaan atas siap dipasang berserta kaki dan nut steel special. Sedia untuk dipasang.


Kesamarataan menggunakan Timbang Air.




Permukaan bawahan simen konkrik dibiarkan kering seketika bagi memperkuatkan struktur.

14 Febuari 2014 (Jumaat), 10 pagi, Kerja membancuh simen bersambung semula hari ini dengan penuh semangat, walaupun secara solo. :-)

Kerja memotong besi, bagi tujuan menanamnya untuk kekuatan konkrik tambah.
Batang besi disusun....

 
Kerja menanam simen konkrit dilakukan.
Papan akan digunakan untuk menahan simen konkrit, bongkah kotak dibuat bagi memastikan konkrit simen rata. Papan yang dihadang menjadi segiempat............
Kerja membancuh simen siap sepenuhnya pada jam 11.00 malam pada hari yang sama. Lenguh kaki dan pinggang, tapi puas.... kesamarataan dibaca melalui timbang air bagi memastikan keseimbangan.

                                              Pagi keesokannya...  
                  



                      Alhamdulillah, siap sepenuhnya tapak seperti yang dirancang....


1 Mac 2014-Sabtu, selepas program pameran radio amatur di liman kati selesai, saya bersama abg salehan 9w2sbd dan abg ishak-9w2mcb yang datang dari Taiping (balik kg) tiba di Lempor station Jam 2.30 petang. Kebetulan teman sudah berjanji dengan abg ishak(ada perbincangan ilmiah sikit) mana leh bgtahu, hehe...,

Setelah selesai seisi perbincangan, kami meneruskan aktiviti menaikan tiang menara 10 kaki, lubang tapak aga lari sikit saiznya dan ketepatan. sebelum tu saiz agak kecil , setelah diubahsuai, kami telah membesarnya ke saiz 20mm..


 semasa proses membesarkan lubang tersebut dilakukan, hanya satu lubang sahaja berjaya ditebuk. Ini adalah disebabkan tersilap beli jenis mata. Kemudian saya meminta bantuan 9w2suf-sufian untuk membeli mata yang baru berharga rm30...wow... dan datang ke lokasi. Alhamdulillah...bantuan tiba...












 mata lubang berjaya ditebuk sepenuhnya mengikut pusat yang ditanda...alhamdulillah.....



                                                   9w2mcb-abg ishak memanjat tiang...





    
MENGUJI ANTENNA DENGAN KVE ANTENNA ANYLIZER
                     

 Menguji antenna Yagi 20 meter 2 elemen yang dilakukan oleh 9M2AGC dan 9W2SBD
 







SAMBUNGAN..............Stage 2...

PAK OHM

added by 9M2OHM

Comments (0)

added by khalil@2009