HF propagation conditions

Menyambut rakan Motorsikal Harley dari singapura....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:40 PM

0




21 hb jan 2012, Sabtu, Kami menerima kehadiran rakan Harley dari singapura yang singgah di Bandar Taiping untuk berehat dan suaikenal dengan rakan motorsikal kuasa tinggi di Taiping. Rakan Bikers Taiping menanti kehadiran mereka dalam jam 2 petang dan lokasi perjumpaan di kedai Mee Udang Paksu Changkat Jering... Kehadiran mereka disambut oleh kami dengan amat gembira oleh mereka walaupun penat...
Konvoi singgah di kedai Paksu (yang juga ahli motorsikal besar) dan kemudian konvoi ke tempat penginapan mereka dalam jam 4.30petang di http://www.sentosa-villa.com/ berdekatan Taman Tasik Taiping untuk mereka berehat, konvoi bersurai....

Berikut gambar yang sempat di ambil semasa konvoi singgah di kedai paksu...


added by 9w2 ohm

azam baru....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:59 PM

0

Semestinya tahun ini adalah tahun 2012 yang menyimpan azam yang baru untuk kita maju ke hadapan. Sebenarnya nak cerita pasal motor baru dibeli hehehe..... cerita dia, motorsikal Vulcan ini baru sahaja dibeli dari tuan pemiliknya berasal dari Melaka, semestinya saya bermula dengan motorsikal Jaguh, sebelum melangkah satu tapak lagi..jauh juga perjalanan ke Melaka, Menaiki bas Starmart ke Melaka dari Kuala Kangsar dalam jam 12 tgh malam, singgah di pudu sentral hantar penumpang dan seremban dan terus ke Melaka Sentral tiba dalam jam 5.30 pagi. Seterusnya berjumpa dengan pemilik motorsikal dan terus ke JPJ untuk urusan Penukaran nama.... alhamdulillah selesai...Bergerak dari Melaka terus ke K.L dalam tengahari singgah sehari dan teruskan perjalanan ke Perak Keesokkan harinya....selamat tiba di Perak....


tahniah LBC-larut bikers club telah mengadakan mesyuarat pada 14.1.2012 untuk aktiviti kelab.


added by 9w2ohm

Azam tahun baru....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:58 PM

0


Salam rakan-rakan radio dan pelawat semua ..apa khabar....semestinya tahun baru tiba lagi, umur pun makin meningkat....jadi perlulah kita menyimpan satu azam baru untuk mencapai satu matlamat untuk meningkatkan diri kita..... selamat tahun baru semua....73...

posted by 9w2ohm...

added by khalil@2009