HF propagation conditions

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 dengan azam yang baru....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:42 PM

0

Tahun 2013...hmmm... banyak kenangan...yang ditinggalkan.. manis dan pahit....antaranya teman ambil satu sahaja... pengalaman menduduki ujian kod morse SKMM sebanyak 3 kali... pertama Oktober 2012, kedua Mac 2013 dan yang akhir September 2013... apa yang teman nak kabo.. setiap ujian mestilah ada cabarannya, kalau tidak...takda maknanya... teman nak bagi kata semangat dekat kawan sepejuangan teman atau yang baru mencuba..yang pasti anda boleh melakukan dengan usaha...lakukkan yang terbaik pada ujian mendatang... you can do it.....

c.c Ammar Ikhwan Yahaya Dak Mie Na Mie Hafizi Ibrahim Khairul Redzuan Mohammed Noor Ikmal Putra dan rakan yang lain, teman tak ingat...


Sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah pakcik saya iaitu Pak Nasir (Nasi Lemak) callsign 9m2nl- yang telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013. AL-Fatihah....

 added by 9m2ohm...

Semoga berjaya kepada bakal calon yang bakal menduduki peperiksaan Radio amatur siri-9. Buat yang terbaik...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:28 PM

0

Lokasi Peperiksaan Radio Amatur siri 9-2013 di Wilayah Utara. All The best, Semoga Berjaya kepada calon, Jumpa disana nanti, Insyallah...

Examination Date & Time :
19 December 2013 , 2.00 PM

Address :
DEWAN PEPERIKSAAN
SUNWAY CARNIVAL CONVENTION CENTRE
ARAS 4, SUNWAY CARNIVAL MALL
13700, SEBERANG JAYA
PULAU PINANG

Notis peperiksaan Radio Amatur ke- 9/2013 sudah keluar.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 9:51 PM

0


Pendaftaran secara online :- sila ke https://sems.skmm.gov.my/  tarikh tutup pada 1 November 2013.

Seharian rombongan ke Perlis.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 1:51 AM

0

      (Sabtu) 5 Oktober 2013, Permulaan perjalanan dari Ipoh ke Perlis pada jam 9 pagi bersama 9w2suf-Suffian, kami telah merancang untuk ke sana atas tujuan mengambil barang dengan menaiki lori, Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.

                                                     Di temani Hujan sepanjang perjalanan.

 Pintu masuk pekan Changloon ke Negeri Perlis (Ulu Pauh)

   Tiba di rumah Cikgu Hairie  (9M2GET) terima kasih atas menyambut kedatangan kami.

                   Bersama 9M2GET di Base Station beliau.
                                           (ME)   :-)

9M2GET - Ham Tower
 
              9W2SUF-SUFFIAN, SAYA, 9M2YAS-USTAZ ALIAS 9M2GET-Cikgu Hairie
              9W2SUF-SUFFIAN, SAYA, 9M2YAS-USTAZ ALIAS 9W2TZW-Hafizi
   
Bersama Ustaz Alias 9M2YAS di Base Station beliau di Kangar.


              Eyeball bersama 9M2GET,9W2TZW, 9W2SUF sebelum bergerak pulang.


                 Kami pulang lebih kurang jam 4 petang diiringi oleh Cikgu Hairie...

     - dalam jam 10 malam kami tiba di Kuala Kangsar dan ke Ipoh untuk menghantar lori, dari Ipoh sewaktu perjalanan balik saya sempat bersembang di repeater PARTS dengan 9M2RDX abang Rizal yang kebetulan berada di Kg, Gajah program perkhemahan pengakap...Tiba Hampir Jam 2 pagi di Manong.. :-)    .

 Terima Kasih Arau....

added by 9w2ohm

Ujian Kod Morse siri 2/2013 sudah berlalu...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:53 PM

0

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
          26 September 2013 Jam 10 pagi adalah tarikh ujian Kod Morse dijalankan di Suruhajaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Jalan IMPACT, Cyberjaya dan di Kota Kinabalu. Terdapat dua lokasi ujian yang diadakan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan ramai rakan radio amatur dari seluruh semenanjung turut hadir bersama  pada hari tersebut.  Memang meriah... 
  •  
    Suasana didalam Auditorium SKMM, Cyberjaya sebelum ujian dijalankan.
     
    *Keputusan ujian Penerimaan (Kod Morse)
     
     
    Alhamdulillah, syukur... ujian Pertama saya berjaya melepasinya... Persiapan untuk ujian seterusnya...iaitu ujian Penghantaran Kod Morse.
     Hanya 5 orang calon sahaja yang melepasi ujian Penerimaan, jangan putus asa... usaha pasti anda akan menemui kejayaan.
     
     
    Berikut adalah ujian penghantaran Kod Morse sedang dijalankan panel adalah Encik Darmin (dari Unit Semboyan ATM, Kem Sungai Buloh)  dan diperhatikan oleh pegawai petugas SKMM
     
     
     
      Sempat bergambar belatarbelakangkan Ibupejabat SKMM di Cyberjaya sebagai kenangan. 
     
           Kepada calon yang akan mengambil ujian Kod Morse pada bulan Mac tahun hadapan, bolehlah buat latihan sebagai persediaan bagi menghadapi ujian tersebut. Rujuklah kepada rakan radio kelas A sebagai sumber perujuk agar anda dapat memahami dan dapat pengalaman yang lebih didalam bidang Kod Morse. Segala usaha dan penat lelah saya selama ini berbaloi... 
     
    Terima kasih kerana memberi sokongan.. Terima kasih kepada 9m2agc-cikgu Lan, 9m2azz-pak azhar, 9m2ft- pak monty, 9m2nrs-pak nordin, 9m2sgn-shah, 9m2rmt-rahmat dan 9w2sbd-Abg Salehan (pemberi semangat) kata semangat beliau (jangan main-main), hehe...
     
    Jutaan terima kasih yang sudi membawa teman ke Cyberjaya  my best friends 9m2sgn dan diiringi 9w2sbd salehan.
     
    ALL THE BEST... 73 Jumpa lagi...
     
    added by 9w2ohm

Ujian kod Morse siri 2/2013 telah berakhir...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:53 PM

0

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
  

4 Hari lagi ujian Kod Morse akan berlangsung...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:31 PM

0

     22 September 2013, hanya empat hari sahaja lagi ujian kod morse akan diadakan di Cyberjaya dan Kota Kinabalu. Apa yang penting adalah persiapan calon-calon yang bakal menduduki ujian tersebut. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya, semoga berjaya kepada calon yang akan mengambil bahagian. jumpa disana...

.
Misi kali ini teman mewakili index no.1 007  james bond. :-) hehe...

added by 9w2ohm

Notis Ujian Kod Morse siri 2/2013 sudah keluar, tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2013.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:36 PM

0


Permohonan boleh dibuat secara online di :-  https://sems.skmm.gov.my/

Selamat Hari Raya Aidilfitri Adilfitri 2013 / 1434 Hijrah, Maaf Zahir dan Batin...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:48 PM

0




Ucapan:-
Kepada yang ingin memandu pulang ke kampung saya ucapkan berhati-hati dijalan raya. Semestinya raya tahun ini membawa makna yang besar, jika kita bersama-sama sanak saudara serta keluarga yang tersayang pada pagi raya.

Dengan ini saya ingin mengucapkan, bersempena Hari raya Adilfitri 2013 / 1434 Hijrah yang bakal menjelma dengan ucapan dengan ribuan kemaafan jika ada salah dan serta terkasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan dan selamat hari raya Aidilfitri/maaf zahir dan batin.

P/S:- Teman petang nie udah nak balik kg...hehehe....

added by 9w2ohm

Keputusan peperiksaan radio amatur (RAE) 2-2013 sudah keluar...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:36 PM

0

Tahniah kepada calon yang lulus ujian radio amatur, kepada yang gagal cuba lagi, jangan putus asa... berkat usaha dan doa pasti anda akan berjaya...

semak keputusan peperiksaan :- Link


https://sems.skmm.gov.my/sems/candidates/checkstatus

Info untuk dikongsi- Arwah Mohammed bin Hussien (9M2FT) bapa kepada Pak Monty (9M2FT yang mewarisi callsign bapanya)

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:41 PM

0

Info untuk dikongsi :-Keratan Suratkhabar The Straits Times, 18 February 1962, Page 10, Arwah Mohammed bin Hussien (9M2FT) bapa kepada Pak Monty (9M2FT yang mewarisi callsign bapa), ada pak monty cerita kepada saya yang pak monty kenal radio amatur dari arwah sejak kecil lagi. Banyak pengalaman beliau kongsikan. Pak Monty yang sekarang berumur 61 tahun dan masih lagi menetap di Taiping, Perak.


                                              Me and Pak Monty (9M2FT)

Added by 9w2oHm

Persediaan menduduki ujian kod morse bagi tahun 2013.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:34 PM

0

   السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

    3 Julai 2012- Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua tentang tips dan maklumat baru ujian kod morse sekadar bagi membantu anda memudahkan lagi apabila mengambil ujian tersebut. Ujian Kod Morse dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 2 kali setahun dan ujian diadakan pada bulan Mac dan Oktober. Ujian tersebut melayakkan pengendali radio amatur dari kelas B ke Kelas A. Untuk pengetahuan semua, saya telah mengambil ujian tersebut dari siri 2-2012 pada bulan Oktober. Namun ujian yang diadakan ketika waktu tersebut tidak membuahkan hasil kerana kurang persediaan. Saya telah berhasrat menduduki ujian tersebut sekali lagi iaitu pada siri 1-2013 yang diadakan pada bulan Mac baru-baru ini. Saya melepasi ujian penerimaan pada hari tersebut dan gagal di ujian penghantaran, Keputusan kandas, tak ada rezeki untuk saya, tak apa cuba lagi. Apa yang saya hendak beritahu, mulai tahun 2013 tiada lagi kertas kosong A4 dibekalkan. Namun pihak penganjur menyediakan kertas untuk isian jawapan dan ruang lakaran didalam satu kertas yang bersaiz A4. Yang dibenarkan hanya pensil 2b dan pen. Seeloknya bawalah pensil dan pen hitam dakwat kering. Tips sila gunakan pensil atau pen yang selesa( lancar bila digunakan) untuk kegunaan menulis. Masuk awal 30 minit sebelum ujian bermula, daftar kehadiran. Pertama sekali ujian audio dalam bentuk kod morse dimainkan bagi keselesaan calon, calon boleh memberitahu petugas jika audio yang diuji jika kurang memuaskan . Masa diambil dalam beberapa minit, kemudian tulis nama dan nombor indeks, penerangan akan diberikan oleh petugas. Tepat jam 10 pagi ujian akan dimulakan.

Perlu diingat terdapat dua jenis kategori ujian penerimaan:-

Pertama berita :-
  1. Berita dihantar dalam 36 patah perkataan terdiri beberapa kategori mungkin tentang Bencana alam, Semasa, Berita berkenaan program SKMM.

  2. Siri 2/2012-Tajuk Berita berkenaan tentang Raja kemboja, siri 1/2013 berita bekenaan Arkib berita SKMM, Program karnival jom klik. Sebelum bermulanya sesuatu penghantaran berita isyarat V sebanyak 3 kali akan dimainkan, selepas isyarat tersebut berita akan dihantar.
  • jangan tertalu berteka berita, apa yang penting terjemah sahaja kod yang dihantar. Kadang-kadang teka yang lain, keluar yang lain, hehehe....
berikut adalah contoh format yang saya cuba lakarkan, hanya sekadar panduan dan contoh sahaja, jumlah patah perkataan yang akan dihantar ketika ujian sebenar adalah dalam 36 patah perkataan dan kelajuan 12 WPM :-

 
* Calon diberi masa untuk salin semula kedalam kotak jawapan.

 
Kedua Nombor :-

1) Nombor akan dihantar secara rawak, bagi saya nombor mudah hanya ingat dit dan dah sahaja, nombor tidak akan kurang atau lebih dari 5 bunyi. Ia akan hantar mengikut kumpulan. Satu kumpulan ada dalam 5 nombor, semua ada dalam 10 kumpulan.

berikut adalah contoh format yang saya cuba lakarkan, hanya sekadar panduan:-

* Calon diberi masa untuk salin semula kedalam kotak jawapan. ikut urutan kumpulan 1 sehingga ke 10.

* sebaik sahaja selesai, kertas jawapan dikutip, serta merta.

 * berikut adalah rujukan untuk jumlah kesalahan yang diambil kira didalam ujian kod morse.
 
Insayallah... kalau lulus ujian penerimaan anda akan ke ujian kedua iaitu penghantaran, jawapan ujian keputusan penerimaan akan dipamerkan pada hari yang sama. Bagi ujian penghantaran, calon akan menghantar balik apa yang diterima semasa ujian penerimaan tadi. Buatlah juga latihan bagi ujian ini, walaupun yang pokoknya adalah penerimaan, supaya tidak kekok. Saya nasihatkan kalau yang datang dari jauh tidak kira dari utara ke, selatan pantai timur dan sebagainya, hadirlah sehari awal, supaya tidak kepenatan.
 
(Suasana keadaan ketika Ujian Penghantaran isyarat Kod Morse sedang diadakan di SKMM, Cyberjaya)

*banyakanlah bertanya orang yang berpengalaman terutamanya yang telah melepasi ujian tersebut  terutamanya Pemegang AA (Kelas A) supaya memudahkan anda menghadapi ujian tersebut. Jangan cepat mengalah, teruskan usaha dan doa, pasti anda berjaya.

Sekadar berkongsi pengalaman, saya doakan anda semua berjaya.

Jumpa di bulan Oktober...insyallah...

Added by 9w2oHm

Tarikh peperiksaan radio amatur siri 2-2013 tinggal beberapa hari sahaja lagi.....

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 1:54 AM

0

  السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

   23 Jun 2013, Tarikh peperiksaan radio amatur siri 2-2013 iaitu pada 26 Jun 2013(Rabu), hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pelbagai inisiatif yang dilakukkan oleh Kelab Radio Amatur dan Komuniti radio amatur turut mengadakan kelas persediaan sebelum menjelang tiba hari peperiksaan.(Tahniah bagi yang menjayakannya) Calon masih mempunyai masa lagi untuk mengulangkaji dan berbincang. Ingat tiada yang mudah melainkan ...

 

Usaha,Tawakal dan doa..

                                                                                                                                                              saya doakan anda semua berjaya...amin... jangan mengalah...

Peperiksaan (RAE 2-2013)-Radio Amateur Examination yang akan diadakan oleh pihak SKMM-Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia di (Wilayah Utara) adalah seperti berikut:-

* Saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada peserta yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Percayalah setiap usaha pasti ada kejayaan. 73... jumpa di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.. ALL THE BEST..

 *nota- Peperiksaan diadakan mengikut Wilayah.

 added by 9w2oHm





Silent Key- Muhd Nasir Ismail callsign (9M2NL)

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:43 PM

0

10 Jun 2013- Berita yang mendukacitakan saya pada hari ini, saya baru sahaja mendapat panggilan yang mengatakan pakcik saya Muhd Nasir Ismail callsign (9M2NL) telah Kembali Ke Rahmatullah lebih kurang pada jam 9.30 malam tadi. Al-Fatihah.

-added by 9w2oHM-

Peperiksaan Radio Amatur Siri kedua Tahun 2013, Tarikh tutup permohonan pada 10 Mei 2013.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:00 PM

0

Untuk permohonan online, sila click link ini :- https://sems.skmm.gov.my/
Permohonan manual, sila click link ini :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Latest_Borang-PermohonanRAE_1.pdf

Rajin-rajinlah membaca garis panduan Radio Amatur link:-http://www.skmm.gov.my/Resources/Guidelines/Guidelines-%28Spectrum%29/Guidelines-for-Amateur-Radio-Services-in-Malaysia.aspx , dan Soalan contoh peperiksaan RAE :-http://pemancar.org/p2/index.php?option=com_content&view=article&id=169:contoh-soal..  soalan telah pun berubah sedikit, tapi ia membantu.

Selamat Maju Jaya diucapkan. "Tiada yang mudah melainkan usaha". Saya doakan anda berjaya.
 73...   9W2OHM.

Never give up...looking for 9m...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:58 PM

0

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
      16 April 2013, Jam 5.00 P.M, Alhamdulillah, selamat sampai dari Alor Setar, dalam perjalanan saya mendapat mesej dari shaheedan- 9W8MBB dari Miri, Sarawak, yang mengatakan pegesahan keputusan ujian CW sudah dikeluarkan oleh pihak SKMM, jadi saya pun cuba buka hyperlink ke skmm, untuk menyemak keputusan dan ternyata apa yang saya katakan mungkin saya akan 'gagal' seperti yang saya khabarkan sebelum ini bahawa saya mempunyai "error" pada ujian penghantaran di numbering adalah benar, sedikit kecewa, tapi saya berpuas hati kerana saya berjaya melepasi ujian penerimaan, seperti yang saya katakan sukar bagi saya melupakan kod morse kerana ia sudah berada didalam fikiran minda saya, insyallah, latihan tetap diteruskan bagi menempuh ujian pada bulan Oktober ini. Bagi calon yang akan datang, jom kita sahut cabaran...Hehehe.... terima kasih sokongan rakan-rakan serta doa dan tak juga yang memberi kata semangat. 73 DE 9W2OHM- Pekan Sik, Kedah.

                                                                                                                                added by 9w2ohm

ujian kod morse 1/2013 sudah berlalu...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:24 PM

0


* latihan kod morse yang sering dijalankan oleh 9m2nrs-pak nordin sebelum mulanya ujian kod morse (meja yang sama setiap musim) di Kafeteria, SKMM Jalan Impact Cyberjaya

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    27 Mac 2013,  berlangsungnya ujian kod morse dengan jayanya yang dianjurkan oleh pihak SKMM. Ucapan tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak cuba lagi. tidak bermakna kekalahan pertama dan seterusnya membantut usaha kita, tiada yang mudah melainkan usaha dan jangan lupa berdoa, dan minta restu doa daripada ibubapa (jika masih ada)... Good luck pada semua yang ingin meningkatkan tahap kemahiran kod morse serta mendapat kejayaan...

pesanan :- jangan takut mencuba...saya sentiasa mendoakan anda, all the best... doakan saya semoga berjaya dalam hidup...hehehe...

ujian kod morse seterusnya pada bulan oktober 2013.
 
added by 9w2oHm

Tarikh ujian kod morse siri 1/2013 semakin hampir...

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:02 PM

0

27 Mac 2013 (Rabu)  jam 10 pagi akan diadakan ujian kod morse siri 1/2013 anjuran SKMM di dua lokasi iaitu di cyberjaya (Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jalan IMPACT) dan di Kota Kinabalu (Lokasi Tidak Pasti). Maka berkumpulah sekali lagi pelbagai calon  dari  rakan radio amatur kelas B seluruh Malaysia yang mencuba nasib di dalam ujian tersebut.

Disini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang terlibat didalam ujian tersebut, yang akan diadakan beberapa hari sahaja lagi. Semoga maju jaya diucapkan. ALL THE BEST... segala usaha pasti akan menemui kejayaan. cuba dan terus mencuba... insyallah... 73


added by 9w2OhM

special callsign event YB67RI sempena ulangtahun ke-67 kemerdekaan Republik Indonesia

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:16 PM

0

Terima satu Qsl kad dari Indonesia, special callsign event YB67RI sempena ulangtahun ke-67 kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 august 2012. Verified by YB2DX-opt Hans. Wow..menarik, terima kasih.

Notis-Ujian Kod Morse Pertama Tahun 2013.

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:01 PM

0

Link
http://www1.skmm.gov.my/Media/Announcements/First-Morse-Code-Test-For-2013.aspx

Selamat Maju Jaya.

added by 9W2OHM.

Meraikan Rakan Radio Amatur Taiping yang telah lulus peperiksaan radio amatur (RAE 2-2012)

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 2:31 AM

0

24 Jan 2013- Tahniah diucapkan kepada yang lulus, yang gagal cuba lagi, tidak ada yang berjaya tanpa usaha. Berikut perjumpaan bersama 9M2AGC-Cikgu Lan diaturkan di Restoran Wan Seafood, Aulong, Taiping bagi mendapatkan sokongan 9M. Kebetulan pada hari itu cikgu Lan bercuti balik kampung. Turut berada dilokasi iaitu 9W2TMT-Pak Usop, 9W2DBG-Naim, 9W2VZO-Mel,swl-abg Pin-rae lulus (muka ada sinyum- pegang borang sokongan), swl-kimi-rae lulus, 9W2MGQ-Megat. 9W2JBT-abg jebat(pakai lebai) hehe.., Abang Azmi (tengah-baju hijau)-rae lulus.  



 TAHNIAH....

added by 9w2oHm

added by khalil@2009