HF propagation conditions

Apa yang perlu untuk saya menjadi seorang Radio amatur?

Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 4:56 AM

Hanya individu yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan lesen peruntukan radas, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:
Pertama: Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio untuk mendapatkan lesen Peruntukan Radas Kelas B, jika anda lulus anda layak berkomunikasi dengan tanda panggilan 9W2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9W8-bagi Sarawak dan 9W6-bagi Sabah.
Kedua: Selepas satu tahun anda memegang Sijil Perakuan Kelas B. Menduduki ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori radio untuk mendapatkan lesen PeruntukanRadas Kelas A. Selepas anda lulus ujian kedua ini anda layak berkomunikasi keseluruh dunia dengan tanda panggilan 9M2 untuk kawasan Semenanjung Malaysia, 9M8-bagi Sarawak dan 9M6 bagi Sabah.
Pihak berkuasa manakah yang mengeluarkan lesen Peruntukan radas tersebut?Peruntukan radas tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian (RAE) Radio Amateur Examanation yang diadakan 2 kali setahun. Layari laman SKMM iaitu http://www.skmm.gov.my/ untuk mengetahui alamat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berdekatan dengan anda.

Comments (0)

added by khalil@2009