HF propagation conditions
Selamat Hari Raya Aidilfitri Adilfitri 2013 / 1434 Hijrah, Maaf Zahir dan Batin...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:48 PM
0
Ucapan:-
Kepada yang ingin memandu pulang ke kampung saya ucapkan berhati-hati dijalan raya. Semestinya raya tahun ini membawa makna yang besar, jika kita bersama-sama sanak saudara serta keluarga yang tersayang pada pagi raya.
Dengan ini saya ingin mengucapkan, bersempena Hari raya Adilfitri 2013 / 1434 Hijrah yang bakal menjelma dengan ucapan dengan ribuan kemaafan jika ada salah dan serta terkasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan dan selamat hari raya Aidilfitri/maaf zahir dan batin.
P/S:- Teman petang nie udah nak balik kg...hehehe....
added by 9w2ohm
Keputusan peperiksaan radio amatur (RAE) 2-2013 sudah keluar...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:36 PM
0
Tahniah
kepada calon yang lulus ujian radio amatur, kepada yang gagal cuba
lagi, jangan putus asa... berkat usaha dan doa pasti anda akan
berjaya...
semak keputusan peperiksaan :- Link
https://sems.skmm.gov.my/sems/ candidates/checkstatus
semak keputusan peperiksaan :- Link
https://sems.skmm.gov.my/sems/
Info untuk dikongsi- Arwah Mohammed bin Hussien (9M2FT) bapa kepada Pak Monty (9M2FT yang mewarisi callsign bapanya)
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:41 PM
0
Info untuk dikongsi :-Keratan Suratkhabar The
Straits Times, 18 February 1962, Page 10, Arwah Mohammed bin Hussien
(9M2FT) bapa kepada Pak Monty (9M2FT yang mewarisi callsign bapa), ada
pak monty cerita kepada saya yang pak monty kenal radio amatur dari
arwah sejak kecil lagi. Banyak pengalaman beliau kongsikan. Pak Monty
yang sekarang berumur 61 tahun dan masih lagi menetap di Taiping, Perak.
Persediaan menduduki ujian kod morse bagi tahun 2013.
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 10:34 PM
0
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
3 Julai 2012- Saya ingin berkongsi
pengalaman dengan anda semua tentang tips dan maklumat baru ujian kod morse sekadar bagi membantu anda memudahkan lagi apabila mengambil ujian
tersebut. Ujian Kod Morse dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 2 kali setahun dan ujian diadakan pada bulan Mac
dan Oktober. Ujian tersebut melayakkan pengendali radio amatur dari
kelas B ke Kelas A. Untuk pengetahuan semua, saya telah mengambil
ujian tersebut dari siri 2-2012 pada bulan Oktober. Namun ujian yang
diadakan ketika waktu tersebut tidak membuahkan hasil kerana kurang
persediaan. Saya telah berhasrat menduduki ujian tersebut sekali lagi iaitu pada siri
1-2013 yang diadakan pada bulan Mac baru-baru ini. Saya melepasi ujian penerimaan
pada hari tersebut dan gagal di ujian penghantaran, Keputusan kandas, tak ada rezeki untuk saya, tak apa cuba
lagi. Apa yang saya hendak beritahu, mulai tahun 2013 tiada lagi
kertas kosong A4 dibekalkan. Namun pihak penganjur menyediakan kertas untuk isian jawapan dan ruang lakaran didalam satu kertas yang
bersaiz A4. Yang dibenarkan hanya pensil 2b dan pen. Seeloknya
bawalah pensil dan pen hitam dakwat kering. Tips sila gunakan pensil atau pen
yang selesa( lancar bila digunakan) untuk kegunaan menulis. Masuk awal 30 minit sebelum
ujian bermula, daftar kehadiran. Pertama sekali ujian audio dalam bentuk kod morse
dimainkan bagi keselesaan calon, calon boleh memberitahu petugas jika
audio yang diuji jika kurang memuaskan . Masa diambil dalam beberapa minit,
kemudian tulis nama dan nombor indeks, penerangan akan diberikan oleh
petugas. Tepat jam 10 pagi ujian akan dimulakan.
Perlu diingat terdapat dua jenis
kategori ujian penerimaan:-
Pertama berita :-
- Berita dihantar dalam 36 patah perkataan terdiri beberapa kategori mungkin tentang Bencana alam, Semasa, Berita berkenaan program SKMM.
- Siri 2/2012-Tajuk Berita berkenaan tentang Raja kemboja, siri 1/2013 berita bekenaan Arkib berita SKMM, Program karnival jom klik. Sebelum bermulanya sesuatu penghantaran berita isyarat V sebanyak 3 kali akan dimainkan, selepas isyarat tersebut berita akan dihantar.
- jangan tertalu berteka berita, apa yang penting terjemah sahaja kod yang dihantar. Kadang-kadang teka yang lain, keluar yang lain, hehehe....
berikut adalah contoh format yang saya
cuba lakarkan, hanya sekadar panduan dan contoh sahaja, jumlah patah perkataan yang akan dihantar ketika ujian sebenar adalah dalam 36 patah perkataan dan kelajuan 12 WPM :-
* Calon diberi masa untuk salin semula
kedalam kotak jawapan.
Kedua Nombor :-
1) Nombor akan dihantar secara rawak,
bagi saya nombor mudah hanya ingat dit dan dah sahaja, nombor tidak
akan kurang atau lebih dari 5 bunyi. Ia akan hantar mengikut
kumpulan. Satu kumpulan ada dalam 5 nombor, semua ada dalam 10
kumpulan.
berikut adalah contoh format yang saya
cuba lakarkan, hanya sekadar panduan:-
* sebaik sahaja selesai, kertas jawapan dikutip, serta merta.
* berikut adalah rujukan untuk jumlah kesalahan yang diambil kira didalam ujian kod morse.
Insayallah... kalau lulus ujian
penerimaan anda akan ke ujian kedua iaitu penghantaran, jawapan ujian keputusan penerimaan akan dipamerkan pada hari yang sama. Bagi ujian penghantaran,
calon akan menghantar balik apa yang diterima semasa ujian penerimaan
tadi. Buatlah juga latihan bagi ujian ini, walaupun yang pokoknya
adalah penerimaan, supaya tidak kekok. Saya nasihatkan kalau yang
datang dari jauh tidak kira dari utara ke, selatan pantai timur dan
sebagainya, hadirlah sehari awal, supaya tidak kepenatan.
*banyakanlah bertanya orang yang
berpengalaman terutamanya yang telah melepasi ujian tersebut terutamanya Pemegang AA (Kelas A) supaya memudahkan anda menghadapi ujian tersebut.
Jangan cepat mengalah, teruskan usaha dan doa, pasti anda berjaya.
Sekadar berkongsi pengalaman, saya
doakan anda semua berjaya.
Jumpa di bulan Oktober...insyallah...
Added by 9w2oHm
Tarikh peperiksaan radio amatur siri 2-2013 tinggal beberapa hari sahaja lagi.....
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 1:54 AM
0
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
*nota- Peperiksaan diadakan mengikut Wilayah.
added by 9w2oHm
23 Jun 2013, Tarikh peperiksaan radio amatur siri 2-2013 iaitu pada 26 Jun 2013(Rabu), hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, pelbagai inisiatif yang dilakukkan oleh Kelab Radio Amatur dan Komuniti radio amatur turut mengadakan kelas persediaan sebelum menjelang tiba hari peperiksaan.(Tahniah bagi yang menjayakannya) Calon masih mempunyai masa lagi untuk mengulangkaji dan berbincang. Ingat tiada yang mudah melainkan ...
Usaha,Tawakal dan doa..
saya doakan anda semua berjaya...amin... jangan mengalah...
Peperiksaan (RAE 2-2013)-Radio Amateur Examination yang akan diadakan oleh pihak SKMM-Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia di (Wilayah Utara) adalah seperti berikut:-
* Saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada peserta yang akan
menduduki peperiksaan tersebut. Percayalah setiap usaha pasti ada
kejayaan. 73... jumpa di Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang.. ALL THE BEST..
*nota- Peperiksaan diadakan mengikut Wilayah.
added by 9w2oHm
Silent Key- Muhd Nasir Ismail callsign (9M2NL)
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:43 PM
0
10 Jun 2013- Berita
yang mendukacitakan saya pada hari ini, saya baru sahaja mendapat
panggilan yang mengatakan pakcik saya Muhd Nasir Ismail callsign (9M2NL)
telah Kembali Ke Rahmatullah lebih kurang pada jam 9.30 malam tadi. Al-Fatihah.
-added by 9w2oHM-
-added by 9w2oHM-
Peperiksaan Radio Amatur Siri kedua Tahun 2013, Tarikh tutup permohonan pada 10 Mei 2013.
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:00 PM
0
Untuk permohonan online, sila click link ini :- https://sems.skmm.gov.my/
Permohonan manual, sila click link ini :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Latest_Borang-PermohonanRAE_1.pdf
Permohonan manual, sila click link ini :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Latest_Borang-PermohonanRAE_1.pdf
Rajin-rajinlah membaca garis panduan Radio Amatur link:-http://www.skmm.gov.my/Resources/Guidelines/Guidelines-%28Spectrum%29/Guidelines-for-Amateur-Radio-Services-in-Malaysia.aspx , dan Soalan contoh peperiksaan RAE :-http://pemancar.org/p2/index.php?option=com_content&view=article&id=169:contoh-soal.. soalan telah pun berubah sedikit, tapi ia membantu.
Selamat Maju Jaya diucapkan. "Tiada yang mudah melainkan usaha". Saya doakan anda berjaya.
73... 9W2OHM.
Never give up...looking for 9m...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:58 PM
0
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
16 April 2013, Jam 5.00 P.M, Alhamdulillah,
selamat sampai dari Alor Setar, dalam perjalanan saya mendapat mesej dari
shaheedan- 9W8MBB dari Miri, Sarawak, yang mengatakan pegesahan keputusan
ujian CW sudah dikeluarkan oleh pihak SKMM, jadi saya pun cuba buka
hyperlink ke skmm, untuk menyemak
keputusan dan ternyata apa yang saya katakan mungkin saya akan 'gagal'
seperti yang saya khabarkan sebelum ini bahawa saya mempunyai "error"
pada ujian penghantaran di numbering adalah benar, sedikit kecewa, tapi
saya berpuas hati kerana saya berjaya melepasi ujian penerimaan, seperti
yang saya katakan sukar bagi saya melupakan kod morse kerana ia sudah
berada didalam fikiran minda saya, insyallah, latihan tetap diteruskan
bagi menempuh ujian pada bulan Oktober ini. Bagi calon yang akan datang,
jom kita sahut cabaran...Hehehe.... terima kasih sokongan rakan-rakan
serta doa dan tak juga yang memberi kata semangat. 73 DE 9W2OHM- Pekan Sik, Kedah.
ujian kod morse 1/2013 sudah berlalu...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:24 PM
0
* latihan kod morse yang sering dijalankan oleh 9m2nrs-pak nordin sebelum mulanya ujian kod morse (meja yang sama setiap musim) di Kafeteria, SKMM Jalan Impact Cyberjaya
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
27 Mac 2013, berlangsungnya ujian kod morse dengan jayanya yang dianjurkan oleh pihak SKMM. Ucapan tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak cuba lagi. tidak bermakna kekalahan pertama dan seterusnya membantut usaha kita, tiada yang mudah melainkan usaha dan jangan lupa berdoa, dan minta restu doa daripada ibubapa (jika masih ada)... Good luck pada semua yang ingin meningkatkan tahap kemahiran kod morse serta mendapat kejayaan...
pesanan :- jangan takut mencuba...saya sentiasa mendoakan anda, all the best... doakan saya semoga berjaya dalam hidup...hehehe...
ujian kod morse seterusnya pada bulan oktober 2013.
added by 9w2oHm
Tarikh ujian kod morse siri 1/2013 semakin hampir...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:02 PM
0
27 Mac 2013 (Rabu) jam 10 pagi akan diadakan ujian kod morse siri 1/2013 anjuran SKMM di dua lokasi iaitu di cyberjaya (Auditorium, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Jalan IMPACT) dan di Kota Kinabalu (Lokasi Tidak Pasti). Maka berkumpulah sekali lagi pelbagai calon dari rakan radio amatur kelas B seluruh Malaysia yang mencuba nasib di dalam ujian tersebut.
Disini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang terlibat didalam ujian tersebut, yang akan diadakan beberapa hari sahaja lagi. Semoga maju jaya diucapkan. ALL THE BEST... segala usaha pasti akan menemui kejayaan. cuba dan terus mencuba... insyallah... 73
added by 9w2OhM
Disini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang terlibat didalam ujian tersebut, yang akan diadakan beberapa hari sahaja lagi. Semoga maju jaya diucapkan. ALL THE BEST... segala usaha pasti akan menemui kejayaan. cuba dan terus mencuba... insyallah... 73
added by 9w2OhM
special callsign event YB67RI sempena ulangtahun ke-67 kemerdekaan Republik Indonesia
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 6:16 PM
0
Terima
satu Qsl kad dari Indonesia, special callsign event YB67RI sempena
ulangtahun ke-67 kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 august 2012.
Verified by YB2DX-opt Hans. Wow..menarik, terima kasih.
Notis-Ujian Kod Morse Pertama Tahun 2013.
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:01 PM
0
Link
http://www1.skmm.gov.my/Media/Announcements/First-Morse-Code-Test-For-2013.aspx
Selamat Maju Jaya.
added by 9W2OHM.
http://www1.skmm.gov.my/Media/Announcements/First-Morse-Code-Test-For-2013.aspx
Selamat Maju Jaya.
added by 9W2OHM.
Meraikan Rakan Radio Amatur Taiping yang telah lulus peperiksaan radio amatur (RAE 2-2012)
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 2:31 AM
0
24 Jan 2013- Tahniah diucapkan kepada yang lulus, yang gagal cuba lagi, tidak ada yang berjaya tanpa usaha. Berikut perjumpaan bersama 9M2AGC-Cikgu Lan diaturkan di Restoran Wan Seafood, Aulong, Taiping bagi mendapatkan sokongan 9M. Kebetulan pada hari itu cikgu Lan bercuti balik kampung. Turut berada dilokasi iaitu 9W2TMT-Pak Usop, 9W2DBG-Naim,
9W2VZO-Mel,swl-abg Pin-rae lulus (muka ada sinyum- pegang borang sokongan), swl-kimi-rae lulus, 9W2MGQ-Megat.
9W2JBT-abg jebat(pakai lebai) hehe.., Abang Azmi (tengah-baju hijau)-rae lulus.
TAHNIAH....
added by 9w2oHm
Kelas persediaan peperiksaan radio amatur (RAE -2/2012) telah dijalankan oleh rakan radio di Taiping.
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:52 PM
0
19 Disember 2012 adalah tarikh peperiksaan radio amatur bagi siri 2/2012 yang akan dijalankan seluruh Malaysia oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Semestinya para peserta yang akan mengikuti peperiksaan tersebut akan membuat persediaan awal bagi menjawab soalan yang mencabar nanti. Hehehe... :-)
Berikut adalah gambar yang sempat diambil bagi kelas yang telah dijalankan pada 15.11.12(khamis) yang dikendalikan oleh cikgu Ramizan_9W2RMX( tajuk SOP) dan 16.11.2012(Jumaat)-yang dikendalikan oleh 9M2AGC- Cikgu Azlan(Tajuk Teknikal) jam 8.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Tekah Aulong Taiping,Perak.
Kelas yang dikendali oleh 9W2RMX- Cikgu Ramizan.
Kelas yang kendalikan oleh 9M2AGC-Cikgul Azlan (Teknikal)- tengok tu hukum OHM jugak yang keluar exam.... hehehe.....
* Tahniah 9M2AGC-Cikgu Azlan ketika itu sedang menimang cahaya mata baru 2 hari. Walaupun cuti, tapi masih berpeluang untuk memberi ilmu kepada yang memerlukan.
* Saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada peserta yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Percayalah setiap usaha pasti ada kejayaan. 73...
added by 9w2oHM
Pemandangan sekitar SKMM cyberjaya ketika hari ujian morse code 2/2012.
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 5:40 PM
0
Berikut adalah suasana ujian penerimaan morse code yang diadakan di Cyberjaya pada 23 oktober 2012 jam 10 pagi.
*gambar teman dalam bilik exam nie disnap oleh 9m2bal tq.
Seramai 34 orang daripada 41 orang yang hadir, 14 lulus dan
20 gagal. Teman terkandas pada ujian tersebut dan insyaallah akan mencuba lagi.
Tengok akan semangat orang lama yang bersungguh-sungguh dengan ujian tersebut
membuatkan cabaran untuk saya mencuba lagi. "Nampak mudah tapi sukar”
insyaallah dengan berkat usaha akan menemui kejayaaan. Terima kasih otai-otai
9m2 yang memberi kata semangat kepada saya.
*Tahniah buat shah 9w2sgn diatas kejayaan beliau lulus dalam
ujian tersebut.
Peperiksaan radio amatur siri ke 2, jika berminat, sila isi permohonan telah dibuka...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 8:34 PM
0
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Qsl card-comfirm qso on 10 meter, terima kasih , thank you...
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:18 AM
0
Open logbook-10meter qso
Posted by My Biodota | Posted in | Posted on 7:14 AM
0
| Station | Flags | Start Time | Band | Mode | RST s/r | QSL | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 9W2OHM | V73AX |
| 2012-09-07 10:22 | 10m | USB | 55 55 | Y N |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | BD7MTJ |
| 2012-09-02 22:15 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | JM1NKT |
| 2012-09-02 21:54 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | UN7QF |
| 2012-09-02 21:39 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | BD7OZG |
| 2012-09-02 21:34 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | JA7OWD |
| 2012-09-02 21:32 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | XV1X |
| 2012-09-02 21:20 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | BG8GAM |
| 2012-09-02 19:00 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | ZL3IO |
| 2012-09-02 17:10 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 9W2OHM | VK5PAS |
| 2012-09-02 16:40 | 10m | USB | 59 59 | Y N D |
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subscribe to:
Posts (Atom)

































